Thursday, August 2, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahniah diucapkan kepada anda kerana bijak dalam membuat pilihan. NUSANTARA GOLD TRADE dengan bangganya mengucapkan selamat datang dalam pemasaran jual/beli Fine Gold 999.9 yang sedang pesat berkembang.

NUSANTARA GOLD TRADE atau juga dikenali sebagai NGT telah ditubuhkan pada 03 Ogos 2012. NGT adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang menjalankan perniagaan membekal, menjual dan membeli emas tulen 999.9 dan juga barang kemas dengan ketulenan 916. Sebagai sebuah perusahaan perkongsian, aktiviti syarikat lebih tertumpu kepada Fine Gold 999.9 (emas tulen) Jongkong Emas, Gold Bar, Gold Coin, Gold Dinar dan lain-lain barang kemas yang terdapat di dalam pasaran.

Fine Gold 999.9 merupakan satu bentuk pelaburan yang mudah dicairkan tetapi tidak ramai yang menyedarinya. Mungkin kerana kurangnya promosi yang dibuat atau kurangnya kesedaran masyarakat hari ini. Ketinggian mutu atau harga emas tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ianya telah pun diguna pakai sejak berabad-abad yang lalu. Kejatuhan nilai matawang dunia antara faktor utama berlakunya krisis ekonomi sesebuah negara. Ini kerana umumnya negara terbabit terlalu bergantung kepada nilai dolar dalam setiap pelaburan. Kini emas adalah satu pelaburan alternatif bagi rakyat Malaysia.

Sesungguhnya penyebaran emas yang dilakukan oleh NGT adalah bertujuan untuk mengubah pemikiran masyarakat yang terlalu bergantung kepada pelaburan yang sedia ada. Sebaliknya pelaburan komoditi emas yang ada dalam pasaran adalah kukuh dan stabil bahkan merupakan aset yang sangat berharga ketika sesebuah negara menghadapi krisis kegawatan ekonomi.

Pasaran emas masa kini telah menjadi lebih terbuka. Banyak organisasi kewangan mahupun persendirian sudah mula mendedahkan kelebihan emas kepada masyarakat umum. Berikut adalah sebahagian daripada organisasi yang bertanggungjawab merancakkan perkembangan pasaran emas di Malaysia.


PENGARAH URUSAN
NUSANTARA GOLD TRADE
USTAZ MUSTAFA JAFFAR

Monday, July 30, 2012







Selamat Berpuasa dari MNC

Assalamualaikum...

Di kesempatan yang singkat ini kami warga kerja di Mentari Nusantara Corporation merasakan belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh tanah air sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun Sabah, Sarawak dan Brunei.

-Barisan Pengurusan Mentari Nusantara Corporation (MNC)-